Tuesday, 10 April 2012

menSYUKURi nikmat ALLAH :)

Allah s.w.t. telah memberi kepada kita pelbagai nikmat, seperti nikmat penglihatan, pendengaran dan hati. Bahkan bumi ini dicipta untuk kita. Hendaklah kita bersyukur dengan segala nikmat Allah terutamanya nikmat-nikmat yang besar seperti nikmat Iman dan nikmat Islam. Sebutlah dan zahirkanlah nikmat yang telah diberikan. Kita tidak akan mampu mengira dan menghitung nikmat yang Allah telah kurniakan, dan semua nikmat yang diberikan akan disoal di akhirat nanti. Nikmat dunia adalah untuk semua orang, tetapi nikmat akhirat hanyalah untuk orang yang beriman sahaja.
Sajadah [9] :….Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
Al-Baqarah [29] : Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,
Al-Mulk [15] : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
Ibrahim [34] : Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda “Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur, meninggalkannya bererti ingkar. Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit bererti dia tidak mensyukuri nikmat yang banyak; dan sesiapa yang tidak bersyukur terhadap orang lain bererti dia tidak bersyukur kepada Allah. 
Berterima kasihlah pada orang yang menolong kita kerana sesiapa yang tidak terima kasih kepada orang yang menolongnya samalah seperti dia tidak bersyukur kepada Allah kerana Allah jualah yang buka hati orang itu untuk menolong kita.

TERIMA KASIH AWAK, AWAK, DAN AWAK-AWAK SEMUA. (:

eh, hujan lah! tejuk.... jum feeling feeling kat korea! hehe... pas mandi pakai stoken tau! *bajet la sejuk tahap beku kalo xpakai stoken.. huehhhhhhhhh3~ :P

Terima kasih kerana sudi baca. Klik like kalau suka :)

1 comment:

hye syg!leave ur comment here. nt kite reply taw! emmuaahh3!hew hew hew

This.is.official.blog.fiTrahani_Adnan© All Right Reserved